Saya adalah seorang pensyarah di Kolej Matrikulasi
Perak. Pengalaman mengajar saya baru 3 tahun. Selepas mendapat ijazah, saya
ditempatkan sebagai pensyarah kimia di kolej tersebut. Sekarang, saya sedang
menyambung pengajian di peringkat sarjana dalam bidang pendidikan kimia. Saya
juga merancang untuk menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah apabila
mendapat anak kedua kelak. Kini, saya mempunyai
seorang anak perempuan. Target saya sepuluh tahun akan datang saya ingin menjadi
seorang pensyarah pakar dalam bidang kimia. Pada masa akan datang, saya juga
bercadang untuk menghasilkan satu kajian yang benar-benar dapat membantu para
pelajar di kolej matrikulasi untuk lebih meminati kimia dan cemerlang dalam
subjek ini. Saya akan terus berkhidmat dan berjuang dalam bidang pendidikan ini
selagi hayat di kandung badan. Saya ingin lihat anak bangsa kita terus maju ke
hadapan dengan ilmu yang dicurahkan.
0 comments:
Post a Comment